Kehidupan penuh dengan ketidak tentuan... Jadi rancanglah dengan bijak untuk melindungi kehidupan anda yang tidak ternilai ini ....

Laman Utama Ikhlas Education Ikhlas Saving Konsep Takaful Proposal Percuma Hubungi kami

Berita Terkini


 


Ikhlas Education Takaful

Sejauh manakah anda telah merancang masa depan anak anda? Ikhlas Education di reka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin. Untuk maklumat lanjut klik di sini .....

 

Ikhlas Saving Takaful

Kehidupan penuh dengan ketidak ketentuan.... Jadi rancanglah dengan bijak untuk menlindungi kehidupan anda yag tidak ternilai ini ......Ikhlas Saving Takaful merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan semula kepada peserta. Ia merupakan pelan unggul yang meyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Matlamat pelan ialah untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta. Untuk maklumat lanjut klik di sini .....



Konsep Takaful Ikhlas
(Takaful Keluarga)
 
 

Artikel - artikel mengenai takaful

Tanggungjawab Muslim terhadap pelaksanaan Sistem Muamalat Islam

Sesungguhnya Islam adalah suatu cara hidup yang sempurna untuk kita semua. Tiada keindahan melainkan dengan mengamalkan ajaran Islam yang syumul. Aspek Muamalat yang dipentingkan dalam ajaran Islam adalah sebagai mengatur kehidupan manusia mengikut dengan kehendak-Nya.

Marilah kita saksikan situasi masyarakat dunia yang berkaitan dengan penggunaan asas ekonomi yang menjadi polemik percaturan masyarakat dunia. Pelbagai percubaan telah dibuat untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencari penyelesaian yang seimbang dan adil bagi mengubati penyakit ekonomi yang berlarutan ini, hampir keseluruhan percubaan telah menemui kegagalan dan amat sedikit kejayaan jangka masa pendek yang diperolehi.

Kebanyakan percubaan yang dibuat telah tersasar jauh dari landasan keadilan menyeluruh yang sebenarnya. Di suatu pihak, terdapat percubaan yang menyarankan ke arah yang ekstrim mementingkan hak inidividu dan mengenepikan kepentingan masyarakat umum serta tidak kurang juga ada juga percubaan untuk menolak keistimewaan hak yang ada pada inidividu.

Maka, dalam hal ini, apakah sistem yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah ekonomi ini? Di manakah sistem yang mampu meyuburkan benih keadilan untuk dituai hasilnya oleh masyarakat keseluruhannya?

Tidak lain tidak bukan, sistem yang dimaksudkan itu adalah Sistem Islam. Ramai orang beranggapan Islam itu hanya memfokuskan amalan-amalan Ibadat seperti di Masjid sahaja dan tiada kena-mengena dengan aktiviti di luar Masjid. Walhal dengan pemikiran seperti inilah, tahap kehidupan masyarakat Islam terutamanya tidak akan maju! Apakah dakwah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. hanya berkisar tentang urusan-urusan di dalam Masjid sahaja? Kalau kita kaji sebaik-baiknya, dakwah Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. adalah bersifat menyeluruh iaitu mengatur kehidupan dunia sehingga menjangkau dimensi akhirat.

Dewasa ini, kita dapat menyaksikan selepas percubaan-percubaan tersebut menemui kegagalan, ada sesetengah pihak yang konsisten dengan Islam telah membangkitkan semula Sistem Muamalat Islam yang menjadi asas kepada ’Islah’ atau reformasi asas ekonomi tersebut. Memang tidak syak lagi sistem tersebut ternyata memberikan keuntungan yang luarbiasa kepada segenap lapisan masyarakat.

Sebagai natijahnya, Sistem Muamalah Islam telah tumbuh bak cendawan selepas hujan. Umpamanya, Sistem Perbankan Islam dan Sistem Takaful yang suatu ketika dahulu hanya dianggap sebagai alternatif kepada Konvensional, tapi kini, ianya semakin hari semakin menarik minat ramai sebagai pilihan utama kepada mereka. Kenapa? Jawapannya, ternyata ajaran Islam yang suatu ketika dahulu keindahannya hanya banyak dibicarakan di dalam kitab-kitab Turath, tapi kini telah diaplikasikan dalam kehidupan kita. Inilah khazanah Islam yang sangat berharga yang telah dicarigali oleh sebahagian ulama’ dan cendiakawan Islam masakini yang mahu melihat Sistem Islam terlaksana seadanya.

Apakah usaha dan sumbangan kita dalam menjayakan Sistem Muamalah Islam ini? Adakah hanya melihat sahaja tanpa terdetik untuk menjayakan aspirasi ini bersama-sama? Jawapannya, sudah tentu penglibatan kita semua dalam menjayakan aspirasi ini sangat-sangat diperlukan. Kalau para Ulama’ dan cendekiawan Islam tersebut telah meletakkan batu asas dalam mewujudkan Sistem yang berteraskan Islam ini, maka sebagai urutannya kita semua adalah juga bertanggungjawab dalam menyokong dan turut serta dalam menyumbangkan kejayaan Sistem Muamalah Islam ini. Jika bukan kita semua, siapa lagi?

Artikel-artikel selanjutnya .....

Takaful adalah pilihan utama masyarakat terutamanya kepada Umat Islam

Al-Wakalah – Konsep dan aplikasi dalam Operasi Takaful

Keindahan Konsep Tabarru’ (Bersedekah) dalam Aplikasi Takaful

Takaful : Sistem Perlindungan Islam Yang Berteraskan Syariah

Pengenalan Kepada Sistem Muamalat & Ekonomi Islam

 


Anda boleh mendapatkan Proposal Percuma dengan klik di bawah ini  >>>
 
Dapatkan Proposal PERCUMA. Klik di sini.

Proposal ini merupakan asas kepada perunding kewangan peribadi untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan takaful, harap pemohon yang serius untuk mendapatkan proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin.

 

Kehidupan penuh dengan ketidak ketentuan.... Jadi rancanglah dengan bijak untuk menlindungi kehidupan anda yag tidak ternilai ini ......Ikhlas Saving Takaful merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan semula kepada peserta. Ia merupakan pelan unggul yang meyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Matlamat pelan ialah untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta. Untuk maklumat lanjut klik di sini .....


 



 

Proposal  Percuma
Proposal ini merupakan asas kepada perunding kewangan peribadi untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan takaful, harap pemohon yang serius untuk mendapatkan proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Klik di sini untuk mendapatkan Proposal Percuma
 

Konsep Takaful
Al-Wakalah – Konsep dan aplikasi dalam Operasi Takaful
Perkataan al-Wakalah adalah diambil daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud perwakilan. Amalan al-wakalah ini pada hakikatnya adalah merupakan amalan yang diharuskan oleh Syara’ kerana keperluannya yang cukup diperlukan untuk mencapai suatu matlamat. Sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan kerana manusia tidak dibekalkan dengan kesempurnaan. Ini telah diwarwarkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisa’, ayat 28 dengan maksudnya:

"…manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."

Hubungi Kami

Wakil Takaful Sepenuh Masa

 

Khairul

019-4316045


Copyright 2006 Success Profile Enterprise. All Rights Reserved.